Powered By Blogger

CIRI-CIRI PENULISAN ORANG PEMBOHONG

Minggu lepas penulis memperkatakan tentang tabiat manusia yang tersembunyi - disampaikan melalui cara paling mudah difahami supaya semua golongan boleh memahami dengan  cepat dan mudah juga. Minggu ini, penulis akan membicarakan pula ciri-ciri penulisan orang pembohong.

Bagaimana pun, penulis hanya memperkatakan tentang pembohongan oleh si pembohong dalam konteks hubungan antara manusia melalui telefon bimbit atau facebook.

Ciri-ciri penulisan yang dihantar oleh seorang pembohong
1. Jika dia lelaki, dia akan gunakan nama wanita. Dan begitulah disebaliknya.
2. Jika dia guna nama wanita, dia akan berusaha untuk membentuk nama yang pelik dan sedap disebut (pada pendapatnya)
3. Pembohong ini akan cuba membohongi seseorang dengan menggunakan 2 atau 3 cara sekali gus. Jika dia gunakan facebook, dia akan gunakan dua atau lebih daftar nama pengguna. Jika dia lelaki, dia akan gunakan dua nama wanita juga. Jika dia gunakan hp, dia pasti tidak akan membuat panggilan atau menjawab panggilan.
4. Mesej yang disampaikan melalui facebook, ditulis dengan bahasa Inggeris dan panjang, untuk cuba mengesahkan dirinya itu orang bijak pandai. Tapi memang bukan bijak pandai kerana tata bahasa dan pilihan perkataannya jelas kelihatan tidak betul/salah.
5. Jika dia ada dua nama berlainan, dia akan memperkatakan dirinya itu dari luar negara tetapi orang tempatan juga dan menetap di luar negara.Biasanya satu nama lagi tidak mempunyai data profile.
Bagaimanapun, bila dia menghantar mesej, dia cuba untuk menyaingi mesej pertama yang dihantar menggunakan nama pertama dengan menulis dalam bahasa inggeris dan lebih panjang..tapi grammar tetap KIOK jugalah.
6. Jika dia menghantar mesej melalui facebook, perhatikan betul-betul, akan berlaku ayat serupa yang berulang. Ayat dalam bahasa inggeris yang memang dia tahu betul cara sebutan dan penyusunan yang betul. Tujuannya menghantar mesej juga adalah sama. Nada bahasanya juga sama. DIA PEMBOHONG.
(Penulis tidak mengaitkan dengan CHATING ONLINE...di sini cuma untuk suka-suka...bukan untuk berbohong dengan niat berbohong)

Bagaimana mengajar orang seperti ini yang mempunyai sifat tersembunyi - suka berbohong?
1. Biarkan dia berasa dia benar-benar berjaya - jadi, layan dia seperti anda tak sedar. Lama kelamaan, bosanlah dia tu. Kalau disindir, dia buat juga hal yang sama. Lanjurkan perbuatan dia..nanti dia sedar dia buat kerja bodoh saja...dan akan berhentilah dia tu!
2. Yang suka berbohong di facebook/hp ni adalah orang yang tak ada kerja berfaedah yang lain hendak dibuat. Kalau ada pun mungkin cuma satu dua perkara saja dalam hidupnya. Gunakanlah cara tersendiri anda menipunya pula. Buat janji dengan dia tapi jangan laksanakannya...biar dia tertunggu-tunggu kerana pembohong akan menunggu hasil pembohongannya.
3. Sebodoh-bodoh orang adalah orang yang tidak sedar dia sedang diperbodohkan. Jika anda sedar, anda bukan bodoh tapi memang si pembohong itu bodoh kerana dia tidak sedar dia telah anda 'bodohkan' semula.

Kenalilah orang pembohong di facebook dan telefon bimbit melalui ciri-ciri penulisan dan pemilihan kata-katanya.

Selamat berjaya dan jumpa lagi.

Tiada ulasan: