Powered By Blogger

DIA ADALAH PEMBANGKANG

BENARKAH KEHADIRAN RAMAI PEMIMPIN UMNO DARI NEGERI SABAH TELAH MENYEBABKAN BERKURANGNYA PENGUNDI YANG MENYOKONG PARTI YANG MEMERINTAH DI SARAWAK?

BENARKAH KEHADIRAN ITU PERLU KERANA PENGUNDI SARAWAK MASIH TIDAK TAHU MEMILIH PARTI MANA YANG HARUS MEMERINTAH SARAWAK?

BENARKAH PEMIMPIN SABAH LEBIH PANDAI MEMUJUK RAKYAT SARAWAK SUPAYA MEREKA MEMILIH PARTI YANG MEMERINTAH?

Tiga pertanyaan ini diajukan kepada saya oleh seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai PENGUNDI. Namun, selepas perbincangan politik kedai kopi dengannya selama hampir satu jam...saya mendapati 'dia' adalah orang yang anti kepada perpaduan dan kerjasama.

Motif soalan yang diajukan adalah 'memujuk' saya secara halus supaya membenci kedua-dua parti yang memerintah di negeri Sabah dan Sarawak. Dia adalah Pembangkang!

Sebelum berpisah, saya sempat berkata kepadanya..."Jangan rosakkan perpaduan dan keharmonian di hati setiap rakyat Sabah dan Sarawak. Saya pula hanyalah rakyat biasa...tidak berbaloi membincangkan hal ini dengan saya." Dan 'dia' hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil berjalan tanpa menoleh ke belakang.