Putrajaya,
Siapa tidak kenal pusat pentadbiran negara ini. Malah ia menjadi simbol kemegahan sistem pemerintahan Malaysia. Tapi, adakah anda masih ingat, putrajaya bermula dari kawasan apa?
Putrajaya, mulanya hanyalah hutan yang terletak di tempat Putrajaya kini. Kemudian ia dibangunkan menjadi kawasan ladang kelapa sawit dan kemudian bertukar menjadi bandar Pusat Pentadbiran Negara.
Tidak perlulah kita membicarakan soal apa yang ada di tempat ini kerana apabila ia telah dinobatkan sebagai Pusat Pentadbiran Negara, sudah tentu segala bentuk kemajuan dan kelengkapan terdapat di sini.
Apa yang saya mahukan anda lihat dan nilai, khususnya penduduk negeri Sabah ialah bagaimanakah bentuk pemikiran bekas perdana menteri kita yang dihormati oleh seluruh pemimpin dunia - Tun Dr Mahathir Muhammad dan cara pemikiran pemimpin negeri kita - Sabah.
Pernahkah anda terbaca dan mendengar bahawa peneroka felda (Kelapa Sawit) menjadi jutawan? Perkara itu adalah benar. Siapakah mereka pada awalnya sebelum bergelar jutawan? Mereka adalah rakyat biasa yang dapat dikatakan sebagai 'rakyat susah/miskin'. Bagaimanakah pemikiran Tun Dr Mahatihir dapat membawa perubahan hidup mereka sehingga berubah menjadi jutawan dalam masa yang pendek? Pernahkah anda memikirkan kebijaksanaan pemimpin ini?
Mari kita lihat kronologi ini;
1. Tun Dr Mahathir dan kebanyakan pemimpin Malaysia ketika itu tahu bahawa akan wujud satu kawasan pentadbiran negara. Kawasan itu haruslah terletak juga di kawasan bandar. Satu-satunya kawasan itu adalah kawasan Putrajaya tersebut.
2. Orang Melayu di sekitar Selangor/Kuala Lumpur masih ketinggalan dari aspek ekonomi. Dasar Ekonomi Baru belum mencapai matlamatnya. Tun Dr. Mahathir mahu bantu mereka - rakyat susah ini. Lalu kawasan itu dibangunkan melalui projek pembukaan ladang kelapa sawit. Rakyat Melayu yang susah tadi ditempatkan disitu menjadi peneroka.
3. Ketika itu juga kerajaan Malaysia banyak berusaha untuk memastikan harga kelapa sawit berada di paras yang stabil dan menggalakkan. Memberi keuntungan kepada semua peneroka.
4. Kemudian, perkara mewujudkan Pusat Pentadbiran Negara pun dikemukakan dan kemudian diluluskan oleh parlimen. Ladang kelapa sawit di putrajaya diambil untuk pembangunan itu. Peneroka yang terdiri daripada orang Melayu yang ada di situ diberi pampasan hingga mereka bertukar menjadi jutawan, sesuai dengan kerugian mereka kerana harga kelapa sawit ketika itu melambung tinggi.
Nah, cuba kita perhatikan. Betapa bijaknya pemimpin ini merubah kehidupan rakyat yang miskin menjadi kaya. Itu cara pemikiran Tun Dr. Mahathir Muhammad. Beliau mahu rakyat menjadi senang! Bagaimana pula bentuk pemikiran pemimpin kita di Sabah? Adakah mereka mempunyai pemikiran yang SEHALUS ini?
Saya tidak mahu anda memberikan jawapannya kepada saya. Saya mahu anda melihat, berfikir dan menilai. Kemudian sama-samalah kita memainkan peranan dan menjalankan tugas ketika membuang undi apabila pilihanraya negeri telah tiba.
Di Sabah, sebelum berlaku pembangunan dan yang akan melibatkan kawasan tertentu, orang-orang kaya dan termasuklah pemimpin negeri akan 'turun padang'. Meninjau kawasan dan membuat tawaran kepada rakyat supaya menjualkan kawasan tanah yang mereka miliki. Dengan harga yang tidak seberapa. Rakyat yang miskin dan telah lama menderita kemiskinan dengan mudah berasa 'bagai bulan jatuh ke riba', menjualkan tanah mereka. Tanah kemudian berpindah milik.
Pembangunan yang dirancang akhirnya tiba. Akan melalui tanah-tanah yang bukan lagi milik rakyat miskin tadi. Pampasan kemudiannya diterima oleh si pemimpin yang telah membeli tanah itu, dengan jumlah yang menguntungkan. Malah tidak semua tanah itu hilang, cuma malaluinya sahaja. Si Pemimpin tadi masih ada aset untuk tempat membuat bangunan berupa rumah atau kedai atau pusat perniagaan di mana dia boleh mengembangkan lagi keuntungannya. Dia menjadi lebih kaya.
Rakyat yang miskin tadi telah kerugian untuk kali kedua kerana terpaksa membeli tanah baru yang jauh lebih mahal atau terus menyewa di tanah orang lain. Hidup mereka masih juga tidak terbela.
Jika anda seorang pemimpin, bentuk pemikiran manakah yang mungkin akan anda amalkan?