Baru-baru ini, saya hadiri satu perjumpaan....biasalah, kita sebut sebagai mesyuarat.
Kalau tidak pun kita katakan sebagai pertemuan. Sudah tentu ia merupakan satu perbincangan.
Saya memang tidak suka kepada perbuatan 'pentingkan diri sendiri'. Saya bersuara sebagai tanda saya prihatin terhadap masalah dalaman yang dialami. Saya bersuara kerana saya faham tanggungjawab saya sebagai ahli dalam kumpulan disertai. Kumpulan yang diamanahkan.
Tapi, budaya kita..orang Melayu..masih lagi ditakuk lama - budaya orang dulu. Amalan pemimpin zaman Singapura Dilanggar Todak - pantang ada orang 'kecil' atau 'orang lebih pandai' muncul dalam kumpulan yang dengan itu ada 'suara' yang mencelah, menegur kesilapan. Orang itu, kalau boleh 'dibunuh' supaya hilang dari dalam kumpulan. Dan dengan itu, senanglah 'si pembesar negeri' mengatur strategi.
Kononnya orang itu marah . Kononnya, dengan maksud..kalau menegur itu perosak kerjasama. Entah yang macamana maksud sebenar menegur dalam pemahamannya. Dia macam pura-pura tidak tau dan yang satu pula barangkali memang tidak tahu bahawa 'kejahilan' yang dilakukan perlukan 'pembetulan' segera. Kejahilan itu sudah setahun usianya.Menguliti segenap fikiran orang dalam kumpulan. Malah tidak membawa apa-apa keuntungan kepada kumpulan melainkan kerugian. Rugi sebab tidak membawa keuntungan kepada kumpulan melainkan keuntungan kepada individu...yang mengambil keuntungan atas nama kumpulan.
Kononnya orang itu marah kerana sudah ramai tahu setiap tindakan yang tidak betul itu. Konconya juga tau, yang ditegur itu betul kerana tindakan itu salah. Tapi entah, kenapa mereka bertindak untuk menutup masalah dan perbuatan yang tidak betul. Adakah mereka juga terlibat? Pada saya, mengapa hendakmembiarkan / mengizinkan kejahilan itu dilakukan lagi...dilakukan lagi dan....dilakukan lagi, tanpa peduli apa apa kesan buruk yang akan menimpa kepada kumpulan dan menerima perubahan yang dipersetujui.
Yang lancang bercakap di belakang konon pejuang ekonomi bangsa..cuba bermain kata-kata falsafah..hanya mengarut. Yang dijaga hanya perut sendiri. Yang lain belum menerima apa-apa 'gaji' atau 'upah bernama elaun' tapi dia/mereka sudah kaya...Tamaknya pada harta, sanggup melantik diri sendiri memegang kuasa tertinggi. Apa ini?
Semua maklumat mau dirahsiakan..kenapa?
Kenapa merahsiakan maklumat yang perlu diketahui oleh semua?
Kenapa? Adakah kerana takut rahsia perbuatan sendiri diketahui?
Adakah kerana takut 'perjanjian' itu dibuat sendiri dan ditandatangani sendiri secara rahsia?'
Kumpulan yang diwakili bukan milik peribadi...bukan terbina atas satu nama... Sekonyong-konyong berkata bahawa semua orang dia yang lantik. Walhal dia sendiri tidak pernah dikenali...melainkan hanya kerana sahabatnya, yang juga sudah lari kerana perbuatannya. Bukan alang-alang ego orang itu.
Sudahlah...sudah ada yang berkata secara terbuka pun. Sudah jelas pun semuanya!! Sudah juga mereka beritahu, 'jalan-jalan tikus' yang dilalui.
Tapi, yang hairannya ..dia MARAH!
KENAPA MAU MARAH jika kebaikan yang orang hidangkan?