Cerita awal tahun persekolahan......semua ibu bapa faham. Guru-guru apatah lagi.
Si Bapa, akan pusing memikirkan itu ini hendak dibayar. Walhal DULU ada dikatakan tiada apa bayaran dikenakan kepada pelajar sekolah. Tapi macamana...sekolah juga hendakkan wang cagaran..yalah untuk tujuan itu inilah katakan. Si Ibu, pusing kerana terpaksa menemani anak yang baru mula bersekolah, khususnya anak yang bersekolah TADIKA/TABIKA. Pendidikan wajib sebelum masuk ke Darjah Satu. Suara-suara tangisan tak mahu ibunya pulang ke rumah sudah biasa di dengar oleh kaum guru di sekolah. Yang kasihan, ada ibu atau bapa juga yang terpaksa menunggu di sekolah hingga masa pulang. Kasihkan anak...begitulah.
Bagi golongan guru, minggu pertama persekolahan adalah minggu yang sangat sibuk. Sibuk dengan perancangan sekolah yang telah diatur oleh Guru Besar/Pengetua/Penyelia. Tugas Penyelia Sekolah hanya ada di sekolah Integriti atau Sekolah Henry Gurney sahaja. Dalam keriuhan suara anak-anak murid, guru dikehendaki mengajar pada hari pertama. Tiada alasan untuk menyelesaikan masalah pendaftaran pelajar kerana semua pelajar telah didaftar lebih awal - pada bulan Disember 2010.
Tuntutan semasa semakin berat. Pengenalan NKRA - rakyat didahulukan pencapaian diutamakan - mendesak guru-guru untuk mencapai matlamatnya yang mulia itu. Oleh itu, ini itulah yang perlu disediakan oleh setiap guru. Ada di antara guru mengeluh...letih! Tapi nak buat apa...siapa suruh jadi guru? Bila ditanya begini, ada pula yang mengatakan kerana gaji guru lebih tinggi berbanding pekerja lain. Dan tabiat sebahagian guru pula MELENTING jika markah penilaian prestasi tak mencapai 90% ke atas. Kalau begitu, kerjalah dengan rajin sesuai dengan markah prestasi yang dirayu-rayu kepada Guru Besar/Pengetua/Penyelia itu.
Pendapat Penulis - lebih baik kerja lebih rajin dan berkesan lebih dahulu sebelum meminta-minta markah tinggi - Jadi peminta sedekah! Hehe!
OK, kepada semua guru - Didik anak murid tu baik-baik. Bukan susah nak mengajar kalau bersedia lebih awal. Yang susahnya ialah ....nanti di akhirat, ditanya balik - kenapa tidak mengajar dengan baik walhal gaji dah BESAU!
Selamat Bertugas!