Saya masih ingat, ketika
saya memasuki Maktab Perguan Kent, Tuaran lebih dua dekad yang lalu. Ketika
itu, pengurusan yang berkaitan PENDIDIKAN di sabah diurus sendiri oleh Kerajaan
Negeri Sabah.
Pelaksanaan sistem yang masih mematuhi perjanjian 20
Perkara ketika itu, telah memberi peluang kepada ramai penduduk Sabah yang
berkelulusan SPM memasuki Maktab Perguruan Kent, Tuaran. Kami inilah generasi
terakhir yang sempat merasai ‘kebaikan’ daripada pelaksanaan Perkara 15:
Pelajaran, Perjanjian 20 Perkara tersebut.
Kekurangan guru khususnya di kawasan pedalaman dan
terpencil ketika itu dapat diatasi. Apatah lagi ‘kami’ juga mempunyai semangat
jitu untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan walau di mana sekali ditempatkan
ketika itu kerana kami adalah datang daripada keluarga yang ‘sudah biasa
susah’.
Pengumuman tempat bertugas di malam terakhir berada di
Maktab Perguran Kent oleh Pengetua sudah menjadi budaya waktu itu. Sungguh pun
sesekali disebut tempat bertugas itu ‘tiada dalam peta’ kami menyahutnya dengan
sorakan gembira penuh semangat. Apa yang pasti pada ketika itu, pengangguran di
kalangan belia selepas lulus SPM dan STPM di Sabah telah dapat dikurangkan.
Serentak dengan itu, peratus ‘kemiskinan’ di Sabah juga dapat diturunkan.
Namun sejak Perkara 15 : Pelajaran ini tidak lagi dipakai,
sangat ramai penduduk Sabah yang berkelulusan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah
yang masih menganggur. Hendak memasuki Maktab Perguruan pun terlalu sukar
kerana kuota bilangan kemasukan ke maktab perguruan tidak lagi sebanyak dahulu.
Persaingan juga terlalu tinggi. Kedaifan pembangunan tidak dapat dipertikaikan
menjadi antara punca penduduk/pelajar Sabah masih belum mampu bersaing di
peringkat kebangsaan.
Ringkasnya, apabila kemasukan ke maktab perguruan di Sabah
bukan lagi atas pengurusan mutlak negeri Sabah, bilangan pelajar yang terpaksa
bertambah lebih susah kerana keluarga mereka terpaksa berbelanja lebih.
Berhutang dan berjual tanah bendang.
Artikel ini bukan bertujuan anti kepada perpaduan. Ia hanya
pernyataan dan pendapat penulis tentang kebaikan yang dirasa dan dilihat ketika
soal pendidikan di Sabah masih lagi bertaut pada Perkara 15: Pendidikan dalam
Perjanjian 20 Perkara tersebut.
Rujukan :
Perkara 15: Pelajaran
Sistem
pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia
harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.
Untuk
pengetahuan umum.
Perkara 18: Nama Ketua Negeri
Yang
Di Pertua Negara. ß
[bukan YDP Negeri]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan