Baru-baru ini, penulis sempat berjumpa dengan beberapa orang ahli 'gerkan bawah tanah' yang memantau pendekatan UMNO khususnya slogan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia - 1 Malaysia.
Mereka berkata, jika pendekatan yang dilaksanakan sekarang iaitu (antaranya) ketua institusi di Sabah mesti diketuai oleh 'orang Sabah' juga...gerakan mereka kelak boleh terkubur terus dalam tanah.
Kata mereka pendekatan itu akan menguatkan sokongan rakyat Sabah kepada UMNO. Sememangnya itulah juga yang diharapkan oleh penduduk Sabah...kata mereka lagi.
Penulis berkata : Jika demikian, masuklah UMNO kesemuanya!
Mereka menjawab..Kita mesti ada pembangkang. Pembangkang bukan bermaksud tidak sukakan UMNO tetapi perlu ada untuk memantau apa UMNO buat untuk kebaikan rakyat Sabah.
Penulis cuma menepuk-nepuk bahu salah seorang daripada mereka . Ada betulnya juga apa yang mereka ini kata.