Powered By Blogger

JALAN ROSAK TERBIAR, JALAN ELOK DITAMPAL!

Sebagai rakyat Sabah, saya senang melihat pembangunan infrastruktur yang dilakukan khususnya jalanraya-jalanraya.
Malangnya, sebagai rakyat Sabah, saya bertambah sedih bila melihat jalanraya yang dibuat adalah 'menampal' jalanraya yang memang masih elok - bukan pula memperbaiki jalan-jalan raya yang rosak mahu pun jalanraya yang digunakan seharian di kampung-kampung atau jalan masuk ke kampung-kampung.
Pada pendapat saya,
Apalah gunanya jalanraya yang 'ditampal' kelihatan gah tapi rakyat di kampung-kampung masih 'dimamah kesedihan' akibat jalan laluan mereka masih juga tidak dibaiki. NKRA memfokuskan kepada Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan..... tapi situasi begini nampak lebih kepada Pencapaian Diutamakan Rakyat Dikemudiankan.

Sedih. Memang sedih.

Tiada ulasan: