TERIMA KASIH Nuffnang.com
Gembira juga melihatnya. Belum lama tapi sudah ada hasil.
Tidaklah besar sangat...tapi ini cuma di peringkat awal.
Anda tak mahukah mencuba?
UMNO BOLEH TUMBANG?
“UMNO boleh tumbang tetapi bukan oleh parti pembangkang PKR mahu pun DAP atau PAS. Bukan juga oleh perikatan pembangkang ini. UMNO akan tumbang di Sabah oleh parti yang berasal dari negeri Sabah juga.” Penutur berbicara yakin.
Penutur berkeyakinan berdasarkan sejarah pemerintahan parti-parti politik Sabah sejak awal merdeka melalui Malaysia. Mana-mana parti politik Sabah, yang pada zaman pemerintahannya melangkau dua penggal dan selepas itu pula mula menerima sokongan daripada gabungan barisan nasional pasti akan tumbang apabila pilihanraya diadakan. Senario ini sudah sinonim di Sabah.
Seingat penutur, USNO tumbang kepada BERJAYA selepas begitu kuatnya sokongan dari pihak ‘Kuala Lumpur’. Demikian juga terhadap nasib BERJAYA. Sokongan yang amat kuat ketika sebelum pilihanraya pada tahun 1985 hingga bagaikan parti lain tidak mampu menggugat sedikit pun kemampuan BERJAYA. Akhirnya nasib yang menimpa BERJAYA juga seperti USNO, tewas kepada PBS.
Nasib PBS juga serupa selepas parti itu bergabung dalam Barisan Nasional. Tumbang kepada UMNO Sabah. UMNO baru dalam proses menghabiskan penggal pemerintahan negeri. Penggiliran Ketua Menteri Sabah tidak dapat dianggap pemerintahan satu parti kerana ketua menteri yang dipilih hanya mewakili partinya yang cuma menang dua atau tiga kerusi DUN Sabah ketika itu. Bukan daripada parti yang menang majority dalam pilihanraya negeri.
Biasanya, rakyat Sabah akan berasa cepat muak terhadap pendekatan dan cara pemerintahan parti yang memerintah. Paling kuat adalah selama dua penggal. Lepas itu, parti baru akan memerintah. Tidak pernah berlaku dalam sejarah di Sabah, parti yang pernah memerintah akan memerintah semula selepas partinya tumbang pada pilihanraya. Ada yang kekal wujud tapi tidak mampu memerintah dan ada antaranya terus berkubur. Tidak muncul-muncul lagi.
Oleh itu, penutur yakin bahawa akan ada satu parti baru yang akan muncul di Sabah yang memiliki ciri-ciri parti USNO + PBS. Tapi bukan USNO dan bukan juga PBS. Parti politik itu menggunapakai pendekatan yang pelbagai dan pasti kelihatan lebih advance. Dianggotai oleh pemimpin muda yang educated dan mengamalkan cara hidup sederhana tetapi memiliki hubungan baik dengan masyarakat. Jumlah pemimpin parti ini adalah seimbang dan mewakili setiap kaum di Sabah.
Kemunculan parti baru ini mulanya memperjuangkan keadilan yang perlu diterima oleh penduduk Sabah sebagai rakyat Malaysia. Antara keadilan yang dituntut adalah mengenai pemberian elaun perumahan di kalangan kakitangan pendidikan atau guru-guru yang dilihat tidak memenuhi tuntutan keadilan terhadap guru-guru yang berasal dari Sabah. Misalnya, elaun perumahan guru-guru DG29 yang berasal dari SM atau SWK, apabila bertugas di Sabah jauh lebih tinggi daripada elaun rumah guru-guru DG41 yang berasal dari Sabah.
“Perjuangan 1 Malaysia perlu menepati tuntutan ini juga,” katanya.
Kesukaran anak-anak bumiputera Sabah untuk memasuki pusat-pusat pengajian tinggi yang ada di negeri Sabah sendiri pasti akan diperjuangkan oleh parti yagn dimaksudkan oleh penulis. Perjuangan ini tentunya akan menjadikan nama parti baru ini sentiasa di bibir mulut setiap lapisan masyarakat bumiputera Sabah. Optimisnya penutur terhadap kejayaan ini adalah kerana pastinya tidak akan ada ibu bapa, khususnya yang kurang berada untuk tidak akan bersetuju terhadap menifestasi parti baru itu.
Semangat perjuangan parti di negeri Sarawak akan dijadikan contoh paling dekat . Kekuatan parti di negeri jiran mengukuhkan kesepakatan ahli dan pemimpin di dalam parti baru ini. Mereka tidak perlukan UMNO di sana namun mereka tetap maju dan memerintah. Sementara itu, perbandingan terhadap penerimaan rakyat terhadap parti UMNO di SM sudah tentu akan dimanipulasi dengan sebaik-baiknya dalam usaha parti baru ini merai sokongan penyokongnya.
Golongan pemimpin muda baru itu tidak sendirian. Di belakang mereka ada pemimpin-pemimpin yang dihormati oleh setiap masyarakat di Sabah. Malah ada juga di antaranya bergelar Datuk dan Datin. Tidak keterlaluan jika penulis mengatakan sudah pastilah bersama mereka itu beberapa orang pemimpin yang ada sekarang. Pemimpin yang mula memikirkan tentang perlunya diwujudkan satu parti local Sabah untuk memimpin Sabah. Tidak mahu terikat oleh pihak KL untuk memutuskan siapakah Ketua Menteri Sabah. Yang di dadanya yakin bahawa rakyat Sabah harus memutuskan sendiri siapa Ketua Menteri mereka.
Hiraki pentadbiran kerajaan masa kini, khususnya di pihak paling bawah iaitu JKKK dikatakan antara punca sokongan rakyat biasa atau masyarakat di kampung-kampung semakin sukar diduga. Tambahan elaun yang diberi tidak menampakkan perubahan tindakan di pihak JKKK ke corak lebih ‘maju’ melainkan seperti sebelumnya juga. Masalah dalaman di kampung diwakili kurang diambil perhatian. Sebahagian besar di antara mereka pula ‘sangat segan bersuara’ untuk menyuarakan kepentingan masyarakat di kampung. Bimbang akan menimbulkan masalah kepada pemimpin di kawasan mereka atau permintaan itu menggores perasaan pemimpin mereka.
Rakyat generasi kedua negeri ini mahukan satu perubahan kepada corak kemajuan yang lebih cepat dan berkesan. Pemimpin muda parti baru yang akan muncul itu pastinya dapat membawa perhatian, pandangan dan hasrat setiap rakyat Sabah kepada perkara yang mereka inginkan. Dapat memperlihatkan kelemahan pentadbiran yang perlu diperbaiki atau ditukar. Mampu menghidupkan semangat untuk bersatu demi satu perubahan dan masa depan melalui kesepakatan berganti pemimpin baru di setiap penggal apabila graf prestasi pemimpin tidak menunjukkan peningkatan. Tiada sikap monopoli peluang menjadi pemimpin oleh mana-mana pemimpin di kalangan mereka.
Bagaimanapun penutur juga percaya bahawa adalah terlalu sukar untuk parti baru itu untuk tumbuh bercambah dan bertunjang kukuh sekiranya berlaku satu perubahan pandangan di pihak UMNO bahawa UMNO Sabah tidak harus menuruti ketetapan siapa harus menjadi Ketua Menteri di Sabah. Dalam erti kata yang lain, biarkan rakyat Sabah memilih siapa Ketua Menteri mereka. Memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa UMNO Sabah bukan cawangan UMNO dari SM tetapi adalah satu parti bumiputera negeri Sabah semata-mata.
“Jika ini berlaku dan rakyat dapat menerimanya dengan baik, kami pasti akan menghadapi masalah.” Demikian pendapat salah seorang daripada mereka yang penulis maksudkan mengakhiri pertemuan kali ini.
##Penulis bukan membuat ulasan politik. Ini cuma catatan hasil perbincangan penulis dengan penutur asal.
JALAN ROSAK TERBIAR, JALAN ELOK DITAMPAL!
Sebagai rakyat Sabah, saya senang melihat pembangunan infrastruktur yang dilakukan khususnya jalanraya-jalanraya.
Malangnya, sebagai rakyat Sabah, saya bertambah sedih bila melihat jalanraya yang dibuat adalah 'menampal' jalanraya yang memang masih elok - bukan pula memperbaiki jalan-jalan raya yang rosak mahu pun jalanraya yang digunakan seharian di kampung-kampung atau jalan masuk ke kampung-kampung.
Pada pendapat saya,
Apalah gunanya jalanraya yang 'ditampal' kelihatan gah tapi rakyat di kampung-kampung masih 'dimamah kesedihan' akibat jalan laluan mereka masih juga tidak dibaiki. NKRA memfokuskan kepada Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan..... tapi situasi begini nampak lebih kepada Pencapaian Diutamakan Rakyat Dikemudiankan.
Sedih. Memang sedih.

Sila ke blog SAPU TANGAN WARNA BIRU
Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini bahawa mana-mana karya yang berunsur sastera tidak akan diterbitkan lagi di blog NGAM SABAH NGAM.
Oleh yang demikian, bagi anda yang berniat dan berminat untuk membaca karya sastera moden, khususnya yang memilih unsur Gaya Bahasa - 'biasa', layarilah blog SAPU TANGAN WARNA BIRU.
URL - http://saputanganwarnabiru.blogspot.com/
Kesemua karya sastera moden yang telah diterbitkan di blog ini telah pun dipindahkan ke
STWB.
Di atas kesulitan ini, penulis memohon berbanyak kemaafan.
Sekian.
Okieukio

1-1nya MALAYSIA
JALAN RAYA KE SURAU DI KAMPUNG KAMI.
KESIANKAN!
Mungkinkah kerana dia ini
hanya sebatang jalanraya,
bukan
'rakyat' lalu tak perlulah
diutamakan!
KESIANKAN!
Mungkinkah kerana dia ini
hanya sebatang jalanraya,
bukan
diutamakan!
CIRI-CIRI PENULISAN ORANG PEMBOHONG
Minggu lepas penulis memperkatakan tentang tabiat manusia yang tersembunyi - disampaikan melalui cara paling mudah difahami supaya semua golongan boleh memahami dengan cepat dan mudah juga. Minggu ini, penulis akan membicarakan pula ciri-ciri penulisan orang pembohong.
Bagaimana pun, penulis hanya memperkatakan tentang pembohongan oleh si pembohong dalam konteks hubungan antara manusia melalui telefon bimbit atau facebook.
Ciri-ciri penulisan yang dihantar oleh seorang pembohong
1. Jika dia lelaki, dia akan gunakan nama wanita. Dan begitulah disebaliknya.
2. Jika dia guna nama wanita, dia akan berusaha untuk membentuk nama yang pelik dan sedap disebut (pada pendapatnya)
3. Pembohong ini akan cuba membohongi seseorang dengan menggunakan 2 atau 3 cara sekali gus. Jika dia gunakan facebook, dia akan gunakan dua atau lebih daftar nama pengguna. Jika dia lelaki, dia akan gunakan dua nama wanita juga. Jika dia gunakan hp, dia pasti tidak akan membuat panggilan atau menjawab panggilan.
4. Mesej yang disampaikan melalui facebook, ditulis dengan bahasa Inggeris dan panjang, untuk cuba mengesahkan dirinya itu orang bijak pandai. Tapi memang bukan bijak pandai kerana tata bahasa dan pilihan perkataannya jelas kelihatan tidak betul/salah.
5. Jika dia ada dua nama berlainan, dia akan memperkatakan dirinya itu dari luar negara tetapi orang tempatan juga dan menetap di luar negara.Biasanya satu nama lagi tidak mempunyai data profile.
Bagaimanapun, bila dia menghantar mesej, dia cuba untuk menyaingi mesej pertama yang dihantar menggunakan nama pertama dengan menulis dalam bahasa inggeris dan lebih panjang..tapi grammar tetap KIOK jugalah.
6. Jika dia menghantar mesej melalui facebook, perhatikan betul-betul, akan berlaku ayat serupa yang berulang. Ayat dalam bahasa inggeris yang memang dia tahu betul cara sebutan dan penyusunan yang betul. Tujuannya menghantar mesej juga adalah sama. Nada bahasanya juga sama. DIA PEMBOHONG.
(Penulis tidak mengaitkan dengan CHATING ONLINE...di sini cuma untuk suka-suka...bukan untuk berbohong dengan niat berbohong)
Bagaimana mengajar orang seperti ini yang mempunyai sifat tersembunyi - suka berbohong?
1. Biarkan dia berasa dia benar-benar berjaya - jadi, layan dia seperti anda tak sedar. Lama kelamaan, bosanlah dia tu. Kalau disindir, dia buat juga hal yang sama. Lanjurkan perbuatan dia..nanti dia sedar dia buat kerja bodoh saja...dan akan berhentilah dia tu!
2. Yang suka berbohong di facebook/hp ni adalah orang yang tak ada kerja berfaedah yang lain hendak dibuat. Kalau ada pun mungkin cuma satu dua perkara saja dalam hidupnya. Gunakanlah cara tersendiri anda menipunya pula. Buat janji dengan dia tapi jangan laksanakannya...biar dia tertunggu-tunggu kerana pembohong akan menunggu hasil pembohongannya.
3. Sebodoh-bodoh orang adalah orang yang tidak sedar dia sedang diperbodohkan. Jika anda sedar, anda bukan bodoh tapi memang si pembohong itu bodoh kerana dia tidak sedar dia telah anda 'bodohkan' semula.
Kenalilah orang pembohong di facebook dan telefon bimbit melalui ciri-ciri penulisan dan pemilihan kata-katanya.
Selamat berjaya dan jumpa lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)