Powered By Blogger

SIAPA SURUH JADI GURU!

Cerita awal tahun persekolahan......semua ibu bapa faham. Guru-guru apatah lagi.
Si Bapa, akan pusing memikirkan itu ini hendak dibayar. Walhal DULU ada dikatakan tiada apa bayaran dikenakan kepada pelajar sekolah. Tapi macamana...sekolah juga hendakkan wang cagaran..yalah untuk tujuan itu inilah katakan. Si Ibu, pusing kerana terpaksa menemani anak yang baru mula bersekolah, khususnya anak yang bersekolah TADIKA/TABIKA. Pendidikan wajib sebelum masuk ke Darjah Satu. Suara-suara tangisan tak mahu ibunya pulang ke rumah sudah biasa di dengar oleh kaum guru di sekolah. Yang kasihan, ada ibu atau bapa juga yang terpaksa menunggu di sekolah hingga masa pulang. Kasihkan anak...begitulah.

Bagi golongan guru, minggu pertama persekolahan adalah minggu yang sangat sibuk. Sibuk dengan perancangan sekolah yang telah diatur oleh Guru Besar/Pengetua/Penyelia. Tugas Penyelia Sekolah hanya ada di sekolah Integriti atau Sekolah Henry Gurney sahaja. Dalam keriuhan suara anak-anak murid, guru dikehendaki mengajar pada hari pertama. Tiada alasan untuk menyelesaikan masalah pendaftaran pelajar kerana semua pelajar telah didaftar lebih awal - pada bulan Disember 2010.

Tuntutan semasa semakin berat. Pengenalan NKRA - rakyat didahulukan pencapaian diutamakan - mendesak guru-guru untuk mencapai matlamatnya yang mulia itu. Oleh itu, ini itulah yang perlu disediakan oleh setiap guru. Ada di antara guru mengeluh...letih! Tapi nak buat apa...siapa suruh jadi guru? Bila ditanya begini, ada pula yang mengatakan kerana gaji guru lebih tinggi berbanding pekerja lain. Dan tabiat sebahagian guru pula MELENTING jika markah penilaian prestasi tak mencapai 90% ke atas. Kalau begitu, kerjalah dengan rajin sesuai dengan markah prestasi yang dirayu-rayu kepada Guru Besar/Pengetua/Penyelia itu.

Pendapat Penulis - lebih baik kerja lebih rajin dan berkesan lebih dahulu sebelum meminta-minta markah tinggi - Jadi peminta sedekah! Hehe!

OK, kepada semua guru - Didik anak murid tu baik-baik. Bukan susah nak mengajar kalau bersedia lebih awal. Yang susahnya ialah ....nanti di akhirat, ditanya balik - kenapa tidak mengajar dengan baik walhal gaji dah BESAU!

Selamat Bertugas!

PERJALANAN JAUH PERTAMA TAHUN 2011

Malam di ambang pertukaran tahun masihi 2010 -2011, saya cuma di rumah - meyaksikan siaran langsung melalui kaca tv. Tidak seperti tahun-tahun sudah, bersama golongan sebaya dan apek-apek, membunyikan hon kereta keliling bandar sebelum menyakskan letupan bunga api tanda tahun telah bertukar.

Pertukaran tahun di Malaysia ini unik sekali. Tahun bertukar banyak kali. Antaranya ialah Pertukaran Tahun Masihi, Tahun Baru Cina dan Tahun Baru Hijrah. Bermakna rakyat Malaysia akan memulakan azam baru paling kurang 2 kali setahun. Saya pun macam tu juga.

Dengan azam tahun baru hijrah, saya nak sangat jadi baik sebagai hamba Allah.
Sempena tahun baru masihi, berazam pula nak kerja rajin-rajin dan menghargai masa. Selain nak pastikan TIDAK TERLEPAS PELUANG MEMOHON KENAIKAN PANGKAT...yes!

Tahun baru 2011, saya memulai pergerakan hidup saya melalui perjalanan yang jauh - beratus kilometer dalam tempoh 24 jam. Dan ketika menulis blog ini, saya sudah menghabiskan perjalanan sejauh 215km. Esok akan berjalan lagi, menghabiskan sisa-sisa masa 24 jam yang diuntukkan. Mahu menikmati keindahan alam sebelum mula bertugas pada 3hb. Januiari 2011.

Semoga saya BISA berdiri tegak di tahun 2011 seperti mana tegaknya angka 11 itu...amin!

Jumpa lagi.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 MASIHI

Sempena tahun baru masihi 2011 ini,
Saya nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua pembaca.
Untuk tahun 2011, satu berita yang ingin saya khabarkan ialah Ruangan Sastera akan diwujudkan. Semua karya yang berbentuk sastera akan dimasukkan ke dalam BLOG itu nanti, termasuk menyalin masuk karya versi sastera yang ada dalam blog NGAM SABAH NGAM ini.
Blog NSN ini akan dikhususkan untuk perkara yang berkaitan dengan masalah SOSIAL sahaja ~ sama ada berbentuk politik, kesihatan, kebajikan dan seumpamanya.
Selepas itu, akan ada lagi blog yang diwujudkan khusus untuk PENDIDIKAN sahaja...untuk pelajar-pelajar sahaja!
Bagaimanapun, kesemua blog ini akan anda dapat layari dengan mudah kerana ia juga akan dipaparkan dalam setiap blog yang diwujudkan (LINK).

Akhir kata, Selamat Tahun Baru Masihi 2011.
Rajin-rajinlah bekerja, belajar atau menambah pengetahuan.
"Apabila seseorang itu berjalan/bergerak ke suatu tempat dengan tujuan untuk menuntut ilmu, dan kemudian dia meninggal dunia di perjalanan kerana tujuan itu, dia termasuk orang-orang yang mati syahid" (Maksud Hadis).

Wassalam

CARA PEMIKIRAN DR MAHATHIR DAN PEMIMPIN NEGERIKU

Putrajaya,
Siapa tidak kenal pusat pentadbiran negara ini. Malah ia menjadi simbol kemegahan sistem pemerintahan Malaysia. Tapi, adakah anda masih ingat, putrajaya bermula dari kawasan apa?
Putrajaya, mulanya hanyalah hutan yang terletak di tempat Putrajaya kini. Kemudian ia dibangunkan menjadi kawasan ladang kelapa sawit dan kemudian bertukar menjadi bandar Pusat Pentadbiran Negara.
Tidak perlulah kita membicarakan soal apa yang ada di tempat ini kerana apabila ia telah dinobatkan sebagai Pusat Pentadbiran Negara, sudah tentu segala bentuk kemajuan dan kelengkapan terdapat di sini.

Apa yang saya mahukan anda lihat dan nilai, khususnya penduduk negeri Sabah ialah bagaimanakah bentuk pemikiran bekas perdana menteri kita yang dihormati oleh seluruh pemimpin dunia - Tun Dr Mahathir Muhammad dan cara pemikiran pemimpin negeri kita - Sabah.

Pernahkah anda terbaca dan mendengar bahawa peneroka felda (Kelapa Sawit) menjadi jutawan? Perkara itu adalah benar. Siapakah mereka pada awalnya sebelum bergelar jutawan? Mereka adalah rakyat biasa yang dapat dikatakan sebagai 'rakyat susah/miskin'. Bagaimanakah pemikiran Tun Dr Mahatihir dapat membawa perubahan hidup mereka sehingga berubah menjadi jutawan dalam masa yang pendek? Pernahkah anda memikirkan kebijaksanaan pemimpin ini?

Mari kita lihat kronologi ini;
1. Tun Dr Mahathir dan kebanyakan pemimpin Malaysia ketika itu tahu bahawa akan wujud satu kawasan pentadbiran negara. Kawasan itu haruslah terletak juga di kawasan bandar. Satu-satunya kawasan itu adalah kawasan Putrajaya tersebut.
2. Orang Melayu di sekitar Selangor/Kuala Lumpur masih ketinggalan dari aspek ekonomi. Dasar Ekonomi Baru belum mencapai matlamatnya. Tun Dr. Mahathir mahu bantu mereka - rakyat susah ini. Lalu kawasan itu dibangunkan melalui projek pembukaan ladang kelapa sawit. Rakyat Melayu yang susah tadi ditempatkan disitu menjadi peneroka.
3. Ketika itu juga kerajaan Malaysia banyak berusaha untuk memastikan harga kelapa sawit berada di paras yang stabil dan menggalakkan. Memberi keuntungan kepada semua peneroka.
4. Kemudian, perkara mewujudkan Pusat Pentadbiran Negara pun dikemukakan dan kemudian diluluskan oleh parlimen. Ladang kelapa sawit di putrajaya diambil untuk pembangunan itu. Peneroka yang terdiri daripada orang Melayu yang ada di situ diberi pampasan hingga mereka bertukar menjadi jutawan, sesuai dengan kerugian mereka kerana harga kelapa sawit ketika itu melambung tinggi.

Nah, cuba kita perhatikan. Betapa bijaknya pemimpin ini merubah kehidupan rakyat yang miskin menjadi kaya. Itu cara pemikiran Tun Dr. Mahathir Muhammad. Beliau mahu rakyat menjadi senang! Bagaimana pula bentuk pemikiran pemimpin kita di Sabah? Adakah mereka mempunyai pemikiran yang SEHALUS ini?

Saya tidak mahu anda memberikan jawapannya kepada saya. Saya mahu anda melihat, berfikir dan menilai. Kemudian sama-samalah kita memainkan peranan dan menjalankan tugas ketika membuang undi apabila pilihanraya negeri telah tiba.

Di Sabah, sebelum berlaku pembangunan dan yang akan melibatkan kawasan tertentu, orang-orang kaya dan termasuklah pemimpin negeri akan 'turun padang'. Meninjau kawasan dan membuat tawaran kepada rakyat supaya menjualkan kawasan tanah yang mereka miliki. Dengan harga yang tidak seberapa. Rakyat yang miskin dan telah lama menderita kemiskinan dengan mudah berasa 'bagai bulan jatuh ke riba', menjualkan tanah mereka. Tanah kemudian berpindah milik.

Pembangunan yang dirancang akhirnya tiba. Akan melalui tanah-tanah yang bukan lagi milik rakyat miskin tadi. Pampasan kemudiannya diterima oleh si pemimpin yang telah membeli tanah itu, dengan jumlah yang menguntungkan. Malah tidak semua tanah itu hilang, cuma malaluinya sahaja. Si Pemimpin tadi masih ada aset untuk tempat membuat bangunan berupa rumah atau kedai atau pusat perniagaan di mana dia boleh mengembangkan lagi keuntungannya. Dia menjadi lebih kaya.

Rakyat yang miskin tadi telah kerugian untuk kali kedua kerana terpaksa membeli tanah baru yang jauh lebih mahal atau terus menyewa di tanah orang lain. Hidup mereka masih juga tidak terbela.

Jika anda seorang pemimpin, bentuk pemikiran manakah yang mungkin akan anda amalkan?

PEMBUNUHAN KEJAM DI MALAYSIA.

Beberapa bulan yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan oleh satu berita pembunuhan kejam ke atas seorang jutawan kosmetik. Kematian tragis yang menyayat hati, yang belum pernah berlaku dan di lakukan di Malaysia, di mana mangsa-mangsa yang dibunuh dibakar dan abu mereka dihanyutkan ke sungai.
Bukan calang-calang pemikiran orang yang melakukan pembunuhan ini. Dia tahu bagaimana dia harus berusaha untuk melepaskan diri atau terlepas daripada hukuman gantung sampai mati kerana membunuh dengan sengaja dan kejam. Orang tidak berpendidikan tidak akan melakukan kejahatan yang dirancang penuh teliti seperti ini.
Kematian bukan suatu yang luar biasa. Kematian adalah pasti bagi setiap makhluk yang bernyawa. Masalahnya di sini ialah pembunuh kejam ini adalah dipercayai dilakukan oleh orang-orang yang berpendidikan dan berpengetahuan dalam selok-belok undang-undang. Maknanya, mereka tahu undang-undang. Di mata masyarakat, mereka adalah pelaksana undang-undang dan yang sentiasa memberi contoh bahawa semua perkara mesti mematuhi dan mengikut undang-undang. Kredebiliti mereka adalah merujuk kepada pengamal undang-undang.
Pernah berlaku cetusan perasaan sebahagian ‘pengamal undang-undang’ di Malaysia yang menentang akan hukum hudud, tidak mahu pencuri dipotong tangan kerana perbuatannya. Kenapa mereka takut? Yang takut sepatutnya si pelaku jenayah yang bergelar pencuri dan perompak (dan peragut juga). Hukuman sedia ada yang tidak mengikut hukum hududlah yang menyebabkan mereka berani mencuri, merompak dan mengambil secara paksa harta milik orang. Berlakulah pecah rumah, membunuh, mengambil kesempatan memperkosa dan sebahagiannya dibunuh sebelum meninggalkan rumah yang dimasuki atau dirompak. Mengheret mangsa tanpa belas kasihan dan sebahagiannya terbunuh ketika diragut si peragut.
Pembunuhan berprofil tinggi di Malaysia bukan baru. Sudah banyak kali berlaku. Ada pemimpin yang dibunuh kemudian anggota badannya dipenggal-penggal menjadi beberapa bahagian sebelum ditanam oleh pembunuhnya. Sudah ada juga wanita yang disimbah petrol ketika tangannya diikat dan dibakar hingga rentung di sebuah terowong konkrit. Ada yang dibunuh dengan kejam dengan meletupkan anggota badan mangsa dengan bom peledak hingga tubuh mangsa berkecai sama sekali. Jenayah pembunuhan kejam terhadap pelajar wanita, penuntut wanita, pekerja wanita dan kanak-kanak perempuan. Demikian juga terhadap kaum lelaki. Nyawa mangsa seolah-olah tidak bernilai bagi si penjenayah.
Ironinya, mengapakah kerja membunuh ini masih terus berlaku dan bertambah dari setahun ke setahun? Gagalkan sistem perundangan yang diamalkan di negara ini? Mungkinkah juga sistem pendidikan kita masih belum mampu melahirkan insan yang seimbang atau memang guru atau pensyarah yang mengajar gagal dalam menyampaikan intipati pendidikan yang sebenar? Adakah system pendidikan yang dituntut oleh rakyat Malaysia di luar negara pula harus disalahkan kerana tidak sesuai dengan acuan falsafah pendidikan dan rukunegara Malaysia? Dan benarkah kejahatan ini berleluasa disebabkan kerana kita sendiri tidak mahu mematuhi hukum yang ditetapkan sendiri oleh Allah, Maha Pencipta dan Maha Mengetahui?
Ada suara-suara bisikan yang lahir dari sanubari rakyat Malaysia memperkatakan tentang kepincangan yang ada di dalam sistem pentadbiran negara. Mereka berkata penuh kecewa bahawa parti pemerintah dan parti pembangkang yang menduduki kerusi parlimen atau dewan rakyat yang ada, asyik dan terlalu kerap untuk mempersoalkan apa yang dilakukan oleh pihak lawan. Jarang kedengaran mereka bersatu untuk mencari satu pendekatan. Meluluskan akta hukuman berat terhadap pembunuh. Satu golongan pula asyik saja membuat kecoh selepas satu kekecohan yang dibuat telah mendapat liputan media. Hingga suatu ketika dahulu meminta pula kerajaan lain di luar negara memperjuangkan nasib mereka. Alasan mereka kerana memiliki warna kulit yang sama. Mereka lupa bahawa mereka rakyat Malaysia.
Melihat kekurangajaran mereka itu, seorang petani tua berkata “Saya sudah hidup sebagai petani berpuluh-puluh tahun. Jalan yang saya lalui becak berlumpur. Rumah saya tidak ada elektrik. Saya cuma minum air hujan atau air perigi. Walau hidup kami susah, kami tetap dapat makan kerana kami tanam padi, tanam sayur, jala ikan atau ternak ikan sendiri. Di rumah kami tidak ada tv. Tidak ada kusyen. Bagaimanapun, kami tetap besyukur.Bersyukur bukan lagi dijajah kuasa oleh asing. Kami puas kerana kami sudah bantu negara, membekalkan beras dan mengekalkan keharmonian negara. “Itu manusia tidak bagus!” Kata orang tua itu. Itu kata salah seorang yang pernah berjuang menentang penjajah dahulu.
Rumusannya, pemimpin-pemimpin yang dipilih rakyat seharusnya mencari alternativ lain untuk mengekang kegiatan jenayah berat ini. Pertambahan anggota pertahanan yang dipertanggungjawab mengawal ketenteraman awam perlulah diperbanyakkan. Mungkin perlu mereka ini tidak dikenali oleh orang awam dan sentiasa berada di setiap lokasi-lokasi strategik, di bandar, di pekan atau di kampung. Kelebihan teknologi haruslah dimanfaatkan sepenuhnya. Pemasangan kamera litar perlu diperbanyakkan. Hasil pembangunan sistem kawalan keselamatan ini bukan sahaja dapat mengurangkan jenayah membunuh dengan niat dan kejam di negara ini malah akan memberi peluang pekerjaan pula kepada ramai rakyat Malaysia yang menganggur tetapi berpendidikan dan berkemahiran.
Sebagai rakyat biasa, penulis sangat berbangga apabila mendapat tau ada orang kenamaan negeri yang memberi pesan kepada anaknya supaya berpakaian biasa ketika bersama anak-anak bukan kenamaan agar mereka itu tidak terasa kesusahan mereka. Contoh ini adalah sangat baik. Setidak-tidaknya pemimpin sedar bahawa mereka itu diangkat oleh tangan rakyat biasa. Tangan orang tua yang kurang upaya, tangan orang miskin yang menderita.

PEMAIN LUPA DIRI.

Kejayaan pemain Malaysia mengalahkan pemain hoki India di separuh akhir hoki Sukan Asia adalah suatu yang membanggakan rakyat Malaysia. Penampilan penuh bersemangat untuk merebut tempat di peringkat akhir sudah cukup menjadi hadiah yang amat berharga. Ketika itu, penyokong-penyokong Malaysia, yang belum mengenali siapakah mereka dalam pasukan hoki Malaysia mula memberikan tumpuan dan sokongan tidak berbelah bagi.

Bagaimanapun, ketika pemain hoki Malaysia tampil di peringkat akhir, penyokong-penyokong Malaysia terkejut dengan tsunami perubahan pada diri pemain. Pemain Malaysia sudah menjadi ‘orang lain’. Penyokong tercari-cari di manakah pemain sanjungan mereka sebelum ini. Pemain ‘sudah berubah’ . Berubah daripada penampilan yang ‘lasak’ bertukar menjadi penampilan kebudak-budakan dan bandit. Sudah tidak dikenali lagi.

Benarlah kata mantan Perdana Menteri Malaysia bahawa Melayu mudah lupa.

Pada pendapat penulis, penampilan itu adalah gambaran bahawa pemain sudah berasa cukup gah dengan pencapaian yang dicapai dan sudah pun meraikan kejayaan itu dengan menunjukkan kelainan yang dirasa luar biasa. Jadi tidak hairanlah jika kecemerlangan tidak ada lagi di peringkat akhir. Target pemain kita mungkin cukuplah sekadar menjadi pasukan yang dapat memberikan saingan sengit kepada setiap pemain. Oleh itu, kemenangan adalah menjadi perkara ‘bonus’ selepas target dicapai. Tidak ada lagi target luar biasa melainkan penampilan fesyen luar biasa yang terkejut dengan pencapaian di luar jangka.

Pemain mahu semua orang yang menyaksikan perlawanan itu melihat mereka memiliki pelbagai fesyen rambut baru. Yang berjambul, botak dan berjambul. Itulah yang mereka ingin perolehi dari semua penonton. Mereka telah pun mendapatnya. Hanya kita tidak tahu, adakah kemunculan pemain Malaysia di peringkat akhir itu mendapat sanjungan yang berterusan selepas menyaksikan ‘kegarangan’ mereka melapah mana-mana semangat lawan sebelum itu. Penulis berpendapat, keinginan paling kuat pemain Malaysia adalah inginkan dilihat sebagai ‘pemain yang memiliki penampilan unik pada fizikal’ sebaik sahaja keluar ke padang.

Penulis juga percaya bahawa sebelum itu pemain-pemain sudah syok merayakan kejayaan ke peringkat akhir. Penulis percaya. Jika tidak, mengapa lupa diri hingga muncul seperti budak-budak kampung zaman dulu, jambul di depan. Kemudian ada pula ekor di belakang? Penulis yakin, jutaan rakyat China akan ketawa dan memperli fesyen itu. Malah sebagai rakyat Malaysia, penulis juga kecewa kerana mereka adalah duta Malaysia di Guangzou, China. Orang akan berkata, oh itulah orang Malaysia? Oh, begitukan orang Malaysia ketika terkejut kerana berjaya?

Sedih penulis mendengar ulasan juruhebah yang mengatakan; “ ..mudah-mudahan penampilan (fesyen) itu akan mendatangkan TUAH. Agaknya juga semua pemain bersangkaan begitu, termasuk juga jurulatih Malaysia. Jika demikianlah, benarlah Melayu mudah lupa. Lupa bahawa diri yang ada sebelum itu, itulah yang bertuah sehingga mereka berjaya masuk ke peringkat akhir.
Semangat juang pemain di peringkat akhir sesungguhnya telah pun berkurangan. Dalam minda pemain tidak lagi terselit 100% semangat untuk mengalahkan pasukan lain. Minda pemain terisi keinginan di lihat sebagai pemain yang memiliki fesyen rambut. Langkah ke padang pertandingan di dahului oleh ‘mahunya’ mereka dilihat ‘sudah lain’ dari sebelumnya. Sudah pasti, ketika itu pemain juga melihat skrin besar, berharap melihat wajah mereka muncul dengan rambut jambul, botak dan berekor sambil disaksikan oleh jutaan manusia di luar Guangzou. Mereka sudah puas selepas yang dihajati tercapai!

Oleh yang demikian, tidak hairan jika pemain kita kerap melakukan kesalahan dan melepaskan beberapa kali peluang yang ada. Malah tidak dapat menyempurnakan pukulan penalti pun. Mereka sudah puas sebelum bermain! Sengat berbisa yang ada ketika menentang India sudah tidak ada lagi. Ketika penulis melihat siaran langsung di kaca tv, penulis sudah meramalkan pun bahawa pemain hoki Malaysia pasti akan dikalahkan. Kawan penulis bertanya mengapa? Penulis berkata bahawa penulis melihat pemain Malaysia muncul bersama nafsu – ingin dilihat sebagai pemain yang berfesyen. Mereka tidak tampil sebagai pasukan yang memiliki semangat ‘semangat makan orang’.

JANGAN MENANGIS

" Tolonglah tuan, saya perlukan kerja ini. Saya orang susah, tuan. Keluarga saya miskin. Saya pun sudah 3 tahun menganggur. Saya tidak sanggup lagi untuk terus menganggur selepas temuduga ini, tuan. Tolonglah saya...tuan, tolonglah saya......saya..."

* Ah, berapa ramai penemuduga bersimpati terhadap nasib pemohon?
* Mereka akan berkata, "Jangan menangis...kami akan usahakan untuk anda." Dan biasalah, selepas itu surat tawaran kerja tidak juga sampai-sampai...gagallah tu.
* Ibu pula setia memujuk dengan kata-kata "jangan menangis, sayang. Rezeki sayang bukan di situ......"
* Ironinya, adakah anda berpuas hati dengan cara penemuduga menemuduga anda?
* Apakah yang sebenarnya menyebabkan anda menangis semasa ditemuduga?