Powered By Blogger

BILA DALAM HATI ADA TITIK HITAM

Mengkaji peribadi seseorang memerlukan pendekatan yang pelbagai. Jika ingin mengkaji keburukannya, tanyalah pada musuh orang itu. Kalau mahu mengenali kebaikannya, tanyalah pada rakan karibnya. Itu Pendekatan lapuk namun masih kerap digunakan oleh orang tertentu. 

   Bagaimanapun, saya mengsyorkan agar anda tidak mengguna-pakai pendekatan ini. Rasionalnya, seseorang musuh tentu saja akan menggunakan kesempatan yang datang untuk memburukkan lagi orang yang tidak disukainya. Pendek kata, jika dalam hatinya ada titik hitam...yang betul dikatakan salah. Yang baik diterbalikkan menjadi jahat. Dan dalam masa yang sama, dia pula akan berusaha menonjolkan dirinya sebagai orang yang paling baik walaupun hakikatnya dia adalah orang yang mempunyai hati yang busuk dan peribadi yang menjengkelkan. Masalahnya lagi, adakah anda memiliki titik hitam di hati?  Jika ya, anda akan terjangkit penyakit hati yang ada pada 'musuh' yang ditanya tadi. Penyakit anda akan bertambah parah!

   Bila dalam hati ada titik hitam...pandangan bagai waktu malam tanpa bulan. Semua hitam. Pohon pisang yang bergoyang dilihat hantu yang mendepa tangan. Walau mata terbeliak luas, jalan masih juga tidak dapat dilihat jelas. Teraba-raba dan sentiasa membuat andaian berdasarkan prasangka. Orang seperti inikah tempat anda hendak bertanya perihal peribadi seseorang? Jika dia tersandung disalahkan akar, di salahkan malam. Memaki dan menyumpah. Dia berlagak jadi manusia yang paling baik...semua di sekelilingnya tidak baik.

   Pemerhatian saya terhadap sifat manusia yang berbagai - jijiknya sikap manusia adalah kerana di hatinya ada titik hitam yang tidak boleh dibasuh bersih. Perlahan-lahan menjadi barah, merosakkan tisu hatinya sehingga sampai suatu ketika hatinya sudah menjadi hitam sepenuhnya. Bersaranglah di hatinya penyakit buruk sangka, hasad dengki, bongkak, sombong, angkuh dan riak. Hatinya tidak tulus lagi. Lidahnya dikuasai oleh penyakit hatinya. Fikirannya sentiasa dibisikkan hal-hal yang tidak baik. Hilanglah daripadanya sifat kelembutan. Lenyaplah darinya budi bahasa dan sopan santun dalam berbicara. bahasa menjadi kesat, kasar.

   Perlahan-lahan penghormatan orang lain kepadanya juga akan hilang....dan mulalah dia menyalahkan orang lain lagi. Andai dia seorang pekerja...suatu ketika, dia akan merasakan seperti hidup di tempat itu bagai dalam neraka. Orang beginikah yang anda hendak jadikan tempat bertanya peribadi orang lain?
   Tepuk dada tanya iman..jangan tanya selera kerana selera selalunya memilih perkara kejahatan. Kejahatan pula biasanya menyeronokkan bagi hati yang di dalamnya ada titik hitam atau sudah menjadi hitam. 

Tips : Ketika anda sedang berbincang secara tertutup dan dia seorang kakitangan anda, kemudian dia bercakap dengan nada lebih tinggi dari nada suara anda, itu tandanya dia kurang memikirkan soal penghormatan kepada orang lain atau kepada ketuanya.

TERASA BAGAI BALIK KE KAMPUNG SENDIRI..!

Berada di Semporna...memang menyeronokkan. Pemandangan tepi pantai dan lautnya memang mengasyikkan. Kebetulan juga, saya sememangnya amat menyukai lokasi seperti itu dan mempunyai pengalaman hidup di pesisiran pantai beberapa tahun yang lalu. Tidak hairanlah jika saya berasa seronok walau baru berdiri di gigi pantai, melihat kejauhan pulau yang samar dikelilingi laut yang membiru.

Saya tidak sempat mengikuti rombongan sekursus mengelilingi Pulau Bum-Bum. Pastinya keindahan yang mereka lihat jauh lebih daripada saya. Namun pun demikian, pengalaman saya memandang tempat-tempat menarik di setiap sudut Pulau Banggi, Kudat lama dahulu...saya yakin keindahannya tidaklah jauh berbeza.

Melihat pesisir pantai dan rumah-rumah atas air/kg air dari Seafest Hotel Semporna, saya berasa sudah kembali berada di satu tempat yang telah lama saya tinggalkan - kehidupan nelayan yang saya minati. Maklumlah juga, pengalaman pertama saya meninggalkan kampung untuk bertugas di lain daerah  dan mula hidup sendiri - berdikari, adalah di tempat yang lebih kurang serupa keadaannya. Sebab itu, terasa bagai kembali 'ke kampung' halaman sendiri.

Dalam diam, saya memendamkan rasa. Jika boleh ingin lagi saya dihantar bertugas di tempat seperti ini. Mengisi masa terluang dengan memancing ikan di hujung jeti atau di laut dalam, mencari ketam di malam hari, memancing sotong, menyelam ke dasar laut melihat batu karang yang beraneka warna, bentuk dan kecantikannya.

Tapi, adakah usia ini masih mengizinkan saya untuk berada di sini atas amanah yang besar? Dan adakah saya masih berpeluang ke sini untuk satu misi dan visi yang agung? Hanya Tuhan Maha Mengetahuinya.


MEMANG SUSAH JIKA TIDAK MENGUASAI ILMU

Hari ini saya bekerja juga. Bukan bertugas mengajar seperti biasa tetapi bertugas sebagai 'orang yang terlibat dalam satu organisasi' berstatus Sabah.

Seperti biasa, kehadiran saya seperti kurang disenangi oleh staff yang ada. Sudah menjadi lumrah manusia, apabila tertekan disebabkan kelemahan sendiri, kehadiran orang lain yang memahami perkara tersebut dan kerap pula bertanya mengenai sesuatu yang tidak dikuasai - kehadirannya tidak berapa diterima.

Susahnya apabila memikul tugas yang memang kita tidak arif mengenainya. Masalah tidak memahami tugas atau tidak menguasai ilmu dalam bidang tugas yang diamanahkan adalah satu hal tetapi sebagai staff yang diambil oleh yang bertanggungjawab melantik seharusnya dapat menjelaskan bidang tugas dan senarai tugas mereka. Supaya dengan itu, mereka/staff dapat bekerja dengan lebih bersih, cekap dan amanah.

Staff yang kurang cekap akan merugikan organisasi/syarikat kerana syarikat akan membayar upah yang tetap sedangkan kualiti kerja mereka di bawah tahap kualiti sederhana. Sebahagian kakitangan yang berkata bahawa tidak meminati jenis kerja yang diberikan sepatutnya tidak 'keluar' dari mulut pekerja yang bersetuju menerima kerja tersebut. Kata-kata seumpama ini hanyalah satu 'helah' untuk melarikan diri atau meminta dikasihani.

Pengurusan pejabat yang cekap atau tidak cekap akan mudah sahaja dikenal pasti melalui sistem fail yang ada. Sistem fail yang 'berterabur' menggambarkan pengurusan pejabat dan dokumen yang tidak menentu. Sudah pasti masalah ini akan mendatangkan kesan jangka panjang kepada organisasi/syarikat.

Kemampuan organisasi untuk bersaing dalam perniagaan yang diceburi juga akan senang dilihat melalui pengurusan kewangan syarikat tersebut. Semua jenis akaun, lejar, fail berkaitan juga mestilah wujud, lengkap dan diyakini 'telus' dalam setiap laporan yang dikeluarkan. Benar. Ucapan lisan bukan jawapan kepada kemantapan pengurusan kewangan tetapi segala rekod yang berkaitan tersedia, sentiasa dikemaskini dan mudah dicari apabila kerja-kerja pengoditan hendak dilakukan. Dan setiap rekod perniagaan dapat dijelaskan dengan tepat dalam Kunci Kira-Kira Untung dan Rugi syarikat. Imbang duga perlu tepat.

Demikianlah bagi perniagaan yang melibatkan kontraktor, semua perjanjian haruslah telus, telah dibincangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah syarikat dan telah diluluskan sebelum tandatangan perjanjian dibuat. Tanpanya, ia pasti akan menyusahkan. Malah, tindakan seperti ini akan 'membuka pintu' kepada si penawar kontraktor dengan kontraktor kepada perkara 'peribadi', bukan atas nama organisasi/syarikat.

Dalam konteks perniagaan, meski pun perniagaan itu bersifat 'Sendirian Berhad', wang yang diperolehi bukan milik si pemilik kedai atau orang yang terlibat dalam organisasi. Ia masih milik perniagaan tersebut. Si pemilik kedai hanya 'mendapat upahnya' berdasarkan peratus pendapatan perniagaan. Jika wang yang masuk itu dianggap sebagai miliknya, apatah lagi bagi sebuah organisasi atau perniagaan BERHAD, bermakna individu yang terbabit telah 'pecah amanah' dan 'salahguna kuasa'. Tindakan seperti ini akan memudaratkan perniagaannya atau pun perniagaan syarikat.

Untuk itu, sebagai 'orang' yang terlibat dalam perniagaan BERHAD, ketegasan saya sering disalah tafsir. Pun begitu, saya memahami kerana mereka tidak memahami dan mengetahui konsep pengurusan dalam sesuatu organisasi. Lebih-lebih lagi yang melibatkan dua jenis pengurusan yang saya sentuh di atas.

Ah, susah rupanya?

Ya, memang susah jika tidak menguasai ilmu. Oleh itu, kepada mereka yang menyedari kelemahan diri dalam hal seperti ini, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kerja yang diamanahkan. Jangan nanti jadi seperti MONYET MENDAPAT BUNGA.

MARAH?...KENAPA MAU MARAH?

Baru-baru ini, saya hadiri satu perjumpaan....biasalah, kita sebut sebagai mesyuarat.
Kalau tidak pun kita katakan sebagai pertemuan. Sudah tentu ia merupakan satu perbincangan.

Saya memang tidak suka kepada perbuatan 'pentingkan diri sendiri'. Saya bersuara sebagai tanda saya prihatin terhadap masalah dalaman yang dialami. Saya bersuara kerana saya faham tanggungjawab saya sebagai ahli dalam kumpulan disertai.  Kumpulan yang diamanahkan.

Tapi, budaya kita..orang Melayu..masih lagi ditakuk lama - budaya orang dulu. Amalan pemimpin zaman Singapura Dilanggar Todak - pantang ada orang 'kecil' atau 'orang lebih pandai' muncul dalam kumpulan yang dengan itu ada 'suara' yang mencelah, menegur kesilapan. Orang itu, kalau boleh 'dibunuh' supaya hilang dari dalam kumpulan. Dan dengan itu, senanglah 'si pembesar negeri' mengatur strategi.

Kononnya orang itu marah . Kononnya, dengan maksud..kalau menegur itu  perosak kerjasama. Entah yang macamana maksud sebenar menegur dalam pemahamannya. Dia macam pura-pura tidak tau dan yang satu pula barangkali memang tidak tahu bahawa  'kejahilan' yang dilakukan perlukan 'pembetulan' segera. Kejahilan itu  sudah setahun usianya.Menguliti segenap fikiran orang dalam kumpulan. Malah tidak membawa apa-apa keuntungan kepada kumpulan melainkan kerugian. Rugi sebab tidak membawa keuntungan kepada kumpulan melainkan keuntungan kepada individu...yang mengambil keuntungan atas nama kumpulan.

Kononnya orang itu marah kerana sudah ramai tahu setiap tindakan yang tidak betul itu. Konconya juga tau, yang ditegur itu betul kerana tindakan itu salah. Tapi entah, kenapa mereka bertindak untuk menutup masalah dan perbuatan yang tidak betul. Adakah mereka juga terlibat? Pada saya, mengapa hendakmembiarkan / mengizinkan kejahilan itu dilakukan lagi...dilakukan lagi dan....dilakukan lagi, tanpa peduli apa apa kesan buruk yang akan menimpa kepada kumpulan dan menerima perubahan yang dipersetujui.

Yang lancang bercakap di belakang konon pejuang ekonomi bangsa..cuba bermain kata-kata falsafah..hanya mengarut. Yang dijaga hanya perut sendiri. Yang lain belum menerima apa-apa 'gaji' atau 'upah bernama elaun' tapi dia/mereka sudah kaya...Tamaknya pada harta, sanggup melantik diri sendiri memegang kuasa tertinggi. Apa ini?

Semua maklumat mau dirahsiakan..kenapa?
Kenapa merahsiakan maklumat yang perlu diketahui oleh semua?
Kenapa? Adakah kerana takut rahsia perbuatan sendiri diketahui?
Adakah kerana takut 'perjanjian' itu dibuat sendiri dan ditandatangani sendiri secara rahsia?'

Kumpulan yang diwakili bukan milik peribadi...bukan terbina atas satu nama... Sekonyong-konyong berkata bahawa semua orang dia yang lantik. Walhal dia sendiri tidak pernah dikenali...melainkan hanya kerana sahabatnya, yang juga sudah lari kerana perbuatannya. Bukan alang-alang ego orang itu.

Sudahlah...sudah ada yang berkata secara terbuka pun. Sudah jelas pun semuanya!! Sudah juga mereka beritahu, 'jalan-jalan tikus' yang dilalui.

Tapi, yang hairannya ..dia MARAH!
KENAPA MAU MARAH jika kebaikan yang orang hidangkan?